Monday, March 26, 2007

PANDUAN MEMBINA SIFIR DAN KEGUNAANNYA DALAM P&P

Semasa melaksanakan operasi darab , bahagi , pecahan, peratus dan sebagainya, murid-murid hendaklah sudah menghafal sifir darab. Tapi bagaimana pula dengan murid yang masih belum menghafal sifir lagi? Murid-murid jangan risau kerana ada beberapa cara yang kita boleh gunakan dalam mengatasi masalah ini. Terdapat beberapa cara untuk kita membina sifir, jadi murid kena peka kepada sifir yang hendak di bina.

BAGAIMANA CARANYA UNTUK KITA MEMBINA SIFIR

Terdapat 3 cara yang ingin saya tunjukkan kepada murid cara untuk membina sifir

- Pola nombor
- Kotak sifir
- Jadual sifir

Panduan membina Kotak sifir

1. Dalam membina sifir kotak, kita perlu menambah secara berulang sesuatu nombor.

Contohnya : -



2. Seterusnya kita perlu melukis 12 kotak seperti di bawah dan isikan no di barisan kedua, ketiga dan keempat pada langkah pertama tadi di baris pertama kotak ini.



3. Pada langkah ini, no dikotak ketiga kita akan susun semula pada kotak yang ke-4, ke-5 dan ke-6.



4. Langkah seterusnya, kita perlu menambahkan baris pertama dan baris kedua dan jawapannya kita letakkan pada setiap kotak ke-7, ke-8 dan ke-9



5. Di langkah ini kita akan menambah pula baris kedua dan baris ketiga dan jawapannya kita letakkan pada setiap kotak ke-10, ke-11 dan ke-12



6. Pada langkah yang terakhir ini kita perlu memotong baris yang kedua. dan seterusnya kita bolehlah menggunakan sifir kotak ini.



SELAMAT MENCUBA :)